Weblog

Monday, 28 March 2011

  • Ye saya tahu

    Setahun menghilang, setahun di timba ilmu, setahun membelek pengalaman, setahun berpeluh sakan. Indah, luluh, senyum, keluh, dan meratap bagai mainan kemajuan hidup. Di kuis ke sana sini, indah pengalaman di kaut. Senyum di timpa musibah. Keluh ini makin kusam. Setiap keluh makin panjang. Berbaris panjang nan tidak cukup mata melihat. Pernah kenal erti SYUKUR.

    Aku bersyukur keringat ku selama 26 tahun ini. Aku bersyukur tiada cacat cela. Aku bersyukur masalah menimpa. Aku bersyukur kepadaNya. Titian menerpa perjalanan 26 pintu. Setiap pintu anginnya lain, desanya lain, hijaunya lain dan penghuninya lain. Syukur bukan bila ada lain di hidup mu. Bukan nafas yang di tarik harus fikir, tetapi apa yang nafas itu beri pada diri ini. Perjalanan darahnya, perkembangan fikirnya, kehidupan tulennya. Itu semua dari nafas yang satu. Syukur bukan? 

    Di tarik satu persatu, maka cerca dan kusut memenuhi ruang minda mu. Mula di tarik muka, mula memekik hina, dan memulai menyukai pukulan ombak. Di hanyut kepinggiran, ke tengah dan ke dalam laut nan terbentang biru. Longlai rebah tubuh ini mencerca nasib. Pernah kenal erti SYUKUR. Tidak kerna bongkak, ego dan hanjing menbayangi diri. Rebah seperti mana pun, masih lagi mendabik dada. Maka biar ombak yang mepalumu di turuti dan dierat pelukkanmu.

    Biar akan hidup ini di bawa kemana. Ke mana arah ku pergi, bukan kekesalan di puji. Terduduk di palu kusut, di sentap berpandu kasih. SYUKUR. Kerna diri ini punya dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang dan satu hati untuk dituruti. Ikut hati teruskan menapak. Biar tapak itu dalam, jika menoleh kebelakang masih ada peninggalannya. Agar peninggalan itu satu pengajaran untuk sekelian alam. Bukan harus setiap unggas di tapak yang sama. Maka tapak yang di susun harus diperhatikan. Semoga BODOH bukan kata mengamit kamu di hadapan.

    Ceria yang di cari bukan selalu di kecapi. Lengkok dan aral pasti di susun rapi. Makin lengkok dan makin banyak aral melintang, matang itu cambah menjadi. Makin keluh dan kesal makin matang itu bercambah menjadi. Makin matang maka makin besar guni di pikul. Moga guni itu diikat punggungnya agar tidak ada satu pun tertinggal. Tidak satu pun di ketepikan. 

    Berhenti seketika meneliti guni yang di pikul. Adakah guni ini harus di pikul? Cukupkah guni sebagai bekalan? Fikir dan berSYUKUR hendaknya. confused

    Selamat Hari Lahir mu yang ke-26. Hormat baris panjang keluh mu, Buka daun pintu satu persatu, Terpacak di landa ombak, Biar gemilang mengamit mu, dan Agar guni itu yang sempurna. cheers. 

Tuesday, 30 March 2010

  • disappointed

    Now, i feel a little bit disappointed. Mind my broken english or  i would say malish. Disappointed with the achievement that i think i have achieve. Well now i feel like what i'm doing now are not enjoyable. Maybe all my entire life, i'm just listen to others people opinion. How about my opinion? Just put aside and wait for trashing it out.

    What a pussy telling things/angry to this blog, all i can do just write,read and store it properly in the webpage. So what shud i do, regret? I always ask my self what if i didnt do that or i do this. Is my luck or life would change. Hurm.

    What are the disappointment? please at least proud for Mahadhir Mohamad. i'm the youngest, but still i a human being. The soup r on table, the spoon is beside the soup, u dont have to do anything. Just follow the instruction and ur life will be good. Life anak orang KAYA suck.

Wednesday, 24 March 2010

  • tinggal

    Usah di kenang dengan barang yang tinggal, kelak hidup bercelaru. Usah hidup dengan ketinggalan kelak hidup jadi kemunduran. Usah jadi bisu bila berkata, kerna itu cuma perbuatan sia.Maka hidup dengan redha, Maka hidup dengan ketulusan, Maka hidup dengan keindahan.

    Bersyukur dengan keindahan alam, keindahan sekeliling dan keindahan diri sendiri. Jika Syukur itu jauh di hati, maka kita semua akan leka dengan keriangan dan keangkuhan dengan kebijaksanaan si Dia. Andai Dia menarik kembali satu perkara, anggota atau keluarga. Maka tangisan itu cuma sempat dikesat tangan yang sepatut nya di hulur dari dahulu lagi.Leka

    Hidup yang ada sekarang bagus tapi tiada tebingnya, jika tidak ada panduan atau tujuan maka junam lah keringat yang telah lama di usahakan, di bajakkan. dan di semaikan. Tujuan harus segar senantiasa dalam ingatan. Usaha harus di timbangkan setiap penjuru dan tapak semaian untuk harus di perelokkan supaya tiada cact cela menghampiri.

    Salam indah dari diri yang telah lama meninggalkan hidup pena.

Friday, 11 December 2009

  • IDR

    Logo IDR Black & White

    Idea & Insights, Directions & Development, Realisation & Results




    Working here and feels like home because i enjoy IT!!!! YEAHHH
  • Hidup baru

    Ketuk pintu itu agar dibuka semula utk teruskan perjalanan yang telah ada matlamat. Ikutlah suluhan cahaya yang menerangi jalan kamu itu. Mengapa sekeping daun pintu itu menjadi penghalang yang besar utk kamu. Daun pintu itu cuma 'obstacle' yang harus kamu pecahkan. Gunakan lah kederat muda itu, kerana ia tidak akan kehabisan mahupun luak dengan kesungguhan kamu. Jalan, Semangat dan Bersuluh.

    light
  • Visit det10's Xanga Site
    • Name: mahadhir
    • Location: Ipoh, Malaysia
    • Gender: Male
    • Member Since: 3/29/2006
Don't worry - your calendar is here… to see it in action just click "Save" above and refresh the page.